Pada 22hb Jan 2011, Majlis bertandang perkawinan Ramzan Bin Mat Ya'acob dan Nor Hafizam telah selamat dilaksanakan di rumah Brahim Bin Hamid (Abang Din dan Kak Wok) di Taman Datuk Harun, Jalan Klang Lama.
Majlis terlaksana dengan meriah di tambah dengan kehadiran sanak-saudara yang datang dari jauh dan dekat. Yang lama tak bersua tetapi bertemu pada hari itu.
Ucapan ribuan terima kasih Kepada Abang Din anak-beranak yang menjayakan majlis tersebut dengan sempurnanya.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA.
Sunday, January 23, 2011
Thursday, January 20, 2011
PERKAHWINAN RAMZAN
Sampai Jodohnya. Ramzan Bin Mat Ya'acob telah Selamat diIjab-Kabulkan Dengan Pasangannya, Mek Kelate, Nor Hafizam Bt Ismail pada 14hb.Jan 2011, Hari Jumaat malam Sabtu. Semoga kekal ke Anak-cucu Aminnnn. Ucapan Terima Kasih kepada Sanak saudara yang telah sudi menemani beliau hingga ke Kg. Tempoyak, Jelawat, Bachok, Kelantan. TQ
Sunday, January 9, 2011
Perjumpaan Keluarga
Aku dan beberapa orang sepupuku merancang untuk mengadakan satu PERJUMPAAN KELUARGA yang mungkin akan diadkan di Kampung Gajah. Perbincangan PERTAMA akan di adakan pada 29/01/11 ini di Jeram, Kuala Selangor. Setelah bertanya, Ramai juga yang setuju, kerana ada diantara kami telah lama tak berjumpa. Doakan Hajat kami terlaksana. AMINNNNN....
Semalam ( 08/01/2011) aku pergi berjumpa Abang Mat anak Pak Kecik ( Abu Yazid ) dan Kak Melah di rumah anaknya Noritah di Gugusan Cempaka, Kota Damansara. Memang dah lama sungguh tidak berjumpa, cucunya pun dah melebihi 20 orang. Dia tinggal di Jenka, berat pulak mulut nak tanya Jenka berapa. Noritah nak mengawinkan anaknya pada 5/2/2011. Menjemput Semua keluarga. InsyaAllah Kalau tak ada apa-apa halangan sampai le tu.
Subscribe to:
Comments (Atom)