Sunday, July 10, 2011

ERAT, SEPAKAT, BERKAT

ASSALAMUALAIKUM
Kepada sadara-saudara ku sekelian. Lama sudah tak menulis di blog ini, walaupun ada beberapa cerita dan berita yang boleh di selitkan untuk makluman sekelian. Berita yang terbaru yang hendak diwarakan kepada saudara-saudara adalah mengenai mesyuarat ke 2 'PERHIMPUNAN KELUARGA HJ ABDUL MUTALIB & HJH NGAH ROKIAH' yang telh diadakan semalam (9/7/2011) dirumah saudara kita Mat Suparman Bin Mokmin, Kg Gajah. Perjumpaan yang bermula pada pukul 12:00 tgh. hari dimulakan dengan doa selamat dan makan tengah hari. Lauknya boleh tahan juga. Ikan Patin masak tempoyak yang meleleh ayo lior dibuatnya. Selepas Sholat Lohor (Zohor) mesyuarat dimulakan.

Kehadiran oleh saudara-saudara dari jauh dan dekat, Dari Sepang ke Malim Nawar, terus menuju ke Kg Gajah. Begitulah sokongan dari mereka yang inginkan Perhimpunan Keluarga ini majlis yang telah dirancang itu terlaksana dengan baik. Mesyuarat berjalan dengan penuh mesra dan harmonis. Penuh dengan idea-idea yang boleh membantu terlaksananya majlis dengan jayanya nanti. Setakat 9hb Julai 2011 penyertaan untuk majlis tersebut telah mencecah seramai l/k 500 orang. Setelah dipertimbangkan mesyuarat kali ketiga akan diadakan pada 20hb. Ogos 2011. 

Majlis PERHIMPUNAN KELUARGA HJ ABDUL MUTALIB & HJH ROKIAH akan diadakan di dewan  Millennium, Komplek Pejabat dan Kuaters Kerajaan, Kg Gajah. Marilah sama-sama kita menyertainya.

ERAT , SEPAKAT, BERKAT





Saturday, February 12, 2011

PERGINYA TAK KEMBALI

8hb. February 2011, Ra'ayah Bt Hj Abdul Mutalib, anak bungsu kepada Hj Abdul Mutalib dan Ngah Rokiah telah kembali kerahmatullah,di usia 81tahun (85) akibat penyakit tua.  di rumah anaknya Mohd Yusof d Lepar, Pahang. Ucapan Takziah kepada anak-anak, menantu dan cucu-cucu arwah. Kepada kita yang tinggal ini selalulah kita mendoakan semoga rohnya akan ditempatkan bersama orang-orang yang solleh dan solleha. Begitu juga kita tujukan doa kepada mereka-mereka yang telah lebih awal mendahului kita menemui Illahi.
SETIAP YANG HIDUP AKAN MENEMUI MATI. YANG TINGGAL HANYALAH, SEDEKAH JARIAH, ILMU YANG MENAFAAT DAN DOA DARI ANAK-ANAK YANG SOLLEH. AMIN.

Tuesday, February 1, 2011

Perjumpaan Keluarga " Hj Abdul Talib & Ngah Rokiah "

Pertemuan pertama yang membincangkan perihal Perjumpaan keluarga ' Hj. Abdul Mutalib & Ngah Rokiah telah diadakan di rumah Rahana Hj Shaari di Jeram, Selangor pada 29hb Jan 2011. Perbincangan berjalan lancar walaupun bermula agak lewat. Kehadiran amat mengalakkan, lebih ramai dari yang disangkakan. Tarikh, hari dan tempat majlis akan diadakan telah dipersetujui dengan sebulat suara. Semoga apa yang dirangcangkan akan terlaksana dengan jaya. HARAPAN DARI YANG HADIR. Walaupun berjauhan hati tetap mengenang.

Sunday, January 23, 2011

DAH SELESAI MAJLIS PERKAWINAN RAMZAN

Pada 22hb Jan 2011, Majlis bertandang perkawinan Ramzan Bin Mat Ya'acob dan Nor Hafizam telah selamat dilaksanakan di rumah Brahim Bin Hamid (Abang Din dan Kak Wok) di Taman Datuk Harun, Jalan Klang Lama.
Majlis terlaksana dengan meriah di tambah dengan kehadiran sanak-saudara yang datang dari jauh dan dekat. Yang lama tak bersua tetapi bertemu pada hari itu.
Ucapan ribuan terima kasih Kepada Abang Din anak-beranak yang menjayakan majlis tersebut dengan sempurnanya.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA.

Thursday, January 20, 2011

PERKAHWINAN RAMZAN

Sampai Jodohnya. Ramzan Bin Mat Ya'acob telah Selamat diIjab-Kabulkan Dengan Pasangannya, Mek Kelate, Nor Hafizam Bt Ismail pada 14hb.Jan 2011, Hari Jumaat malam Sabtu. Semoga kekal ke Anak-cucu Aminnnn. Ucapan Terima Kasih kepada Sanak saudara yang telah sudi menemani beliau hingga ke Kg. Tempoyak, Jelawat, Bachok, Kelantan. TQ

Sunday, January 9, 2011

Perjumpaan Keluarga

Aku dan beberapa orang sepupuku merancang untuk mengadakan satu PERJUMPAAN KELUARGA yang mungkin akan diadkan di Kampung Gajah. Perbincangan PERTAMA akan di adakan pada 29/01/11 ini di Jeram, Kuala Selangor. Setelah bertanya, Ramai juga yang setuju, kerana ada diantara kami telah lama tak berjumpa. Doakan Hajat kami terlaksana. AMINNNNN....
Semalam ( 08/01/2011) aku pergi berjumpa Abang Mat anak Pak Kecik ( Abu Yazid ) dan Kak Melah di rumah anaknya Noritah di Gugusan Cempaka, Kota Damansara. Memang dah lama sungguh tidak berjumpa, cucunya pun dah melebihi 20 orang. Dia tinggal di Jenka, berat pulak mulut nak tanya Jenka berapa. Noritah nak mengawinkan anaknya pada 5/2/2011. Menjemput Semua keluarga. InsyaAllah Kalau tak ada apa-apa halangan sampai le tu.